Sehari selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mat Jan dikejutkan dengan penyebaran maklumat kononnya beliau menganjurkan Program Isi Minyak Percuma sempena meraikan kejayaannya dalam PRU15.<br /><br />Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang itu berkata, tiada sebarang arahan mahupun jadual dibuat olehnya berhubung acara yang dikhabarkan akan diadakan di tiga stesen minyak dalam kawasan Parlimennya, pada Isnin.